RedBoy

RedBoy Copyright 2014
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Disember 2012

Aku nak jadi macam dia:Kisah Cinta

Kisah Cinta Zaman Rasulullah SAW

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah. ”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin. ”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.” Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan. Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya? Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?” Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?” Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.” Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.” Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!” Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w. Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!” Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?” “Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w. Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya. Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!” Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?” Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” . “Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.” “Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.” “Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab. Cinta tak pernah meminta untuk menanti. Seperti ’Ali. Ia mempersilakan. Atau mengambil kesempatan. Yang pertama adalah pengorbanan. Yang kedua adalah keberanian. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” ‘Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu” Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu”

Khamis, 26 Julai 2012

Bila 4 Khalifah berkata..


SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.


2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT nescaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. 
Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.


3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.

SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik
sebagaimana yang Engkau cintai.


2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?


3. Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.

4. Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.

UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dikekang.

2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.

3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.

SUFFIAN AS THAURI :

1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.


2. Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.

3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat."

Aku tak pernah kata pun..


Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa perkara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-


  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.

Khamis, 1 Disember 2011

Gua kristal gergasi di Mexico

Gua kristal gergasi di Mexico

Pada tahun 2000, sekumpulan pelombong dari Industrias Penoles Company,  terkejut selepas menemui sejumlah ketulan batu dipercayai kristal di Gunung Naica. Kawasan itu berhampiran Gurun Chihuahua, Mexico. Ketika kejadian berlaku, kumpulan pelombong tersebut sedang melakukan kerja-kerja mengepam air.

Terpesona dengan penemuan itu, mereka telah melakukan proses cari gali di kawasan terbabit. Anehnya, selepas menggali kira-kira 300 meter dari permukaan tanah, mereka menjumpai sebuah lubang besar yang dipenuhi lebih banyak ketulan batu kristal gergasi. Dianggarkan, ketulan batu yang paling besar seberat 55 tan.

Ekoran itu, berita penemuan kumpulan pelombong berkenaan tersebar dan mendapat perhatian sekumpulan ahli geologi Mexico. Ekskavasi segera dilakukan dan didapati lubang tersebut menyimpan ketulan kristal yang terbesar pernah dijumpai.

Menurut ketua kumpulan penyelidik itu, Dr. Garcia Ruiz, penemuan tersebut merupakan satu fenomena alam yang menakjubkan. Seumur hidupnya, Ruiz tidak pernah menyaksikan ketulan batu kristal gergasi dalam jumlah yang banyak. Ia merupakan suatu penemuan yang sangat luar biasa dalam penyelidikan geologi. Mengikut kajian geologi, penemuan itu merupakan rekod pertama penemuan batuan kristal gergasi yang tumbuh dalam jumlah yang banyak.

Persoalannya, bagaimanakah batuan kristal gergasi itu wujud? Dan, apakah faktor yang menyebabkan batuan itu mempunyai saiz yang luar biasa?

Jelas Dr. Garcia Ruiz, berdasarkan lapangan kajian yang dijalankan mendapati, batuan kristal gergasi ini terbentuk hasil daripada aktiviti gunung berapi. Mengikut rekod daripada penyelidikan geologi, kawasan pergunungan Naica merupakan kawasan gunung berapi yang aktif kira-kira 26 juta tahun lalu.

Kesan daripada aktiviti gunung berapi yang aktif pada waktu itu telah mengakibatkan terbentuknya batuan jenis ini. Selain pembentukan batu kristal, kawasan ini turut ditemui beberapa jenis logam seperti perak, zink dan plumbum. 

Hasil analisa lanjut yang dilakukan mendapati, saiz batu kristal tersebut turut membentuk pada kadar saiz yang luar biasa. Pembentukan itu didapati berlaku akibat proses tindak balas kimia di dalam tanah. Jelas Ruiz, terdapat dua faktor mengapa saiz batu ini kelihatan gergasi. Pertama, tindak balas kimia antara batu kristal dengan air yang mengandungi mineral di dalam tanah. Kedua, adalah disebabkan faktor suhu yang mencecah 136 darjah Fahrenheit. Pada suhu ini, mineral yang terkandung di dalam air akan terhidrat dan larut dalam gypsum (kalsium sulfat berwarna putih), lalu membentuk kristal.

Menurut Dr. Garcia Ruiz lagi, ketika ekskavasi dijalankan, mereka menemui dua buah lubang besar seakan gua yang mengandungi ketulan kristal gergasi. Bagaimanapun, kedua-dua lubang tersebut mempunyai takat suhu yang berbeza. Berdasarkan ukuran bacaan suhu, kawasan lubang pertama berada pada takat 71 darjah Celsius, manakala ukuran bacaan suhu pada lubang kedua berada pada takat beku.

Selain dua buah lubang yang berjaya dijumpai, kumpulan penyelidik tersebut turut menemui banyak lagi lubang yang lain. Malangnya, lubang-lubang yang ditemui itu menunjukkan paras bacaan suhu yang tinggi serta kandungan oksigen yang tidak mencukupi.

Difahamkan, selepas penyelidikan itu dilakukan kawasan gua yang dipenuhi ketulan kristal gergasi itu telah ditutup dan dikawal rapi oleh pihak berkuasa Mexico. Setakat ini, tiada siapa yang tahu kisah seterusnya mengenai gua tersebut. Ekoran penutupan gua tersebut, ia telah menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Mungkinkah ada tersembunyi sesuatu misteri yang sepatutnya tidak diketahui umum? Setakat ini, belum ada jawapan munasabah mengenainya.

Manusia kembar dengan binatang

Manusia kembar dengan binatang

Di Pangkalan Balak, Melaka, terdapat satu legenda yang berlegar di kalangan penduduk setempat mengenai seekor buaya putih yang menjadi penunggu di Sungai Linggi. Buaya tersebut dikatakan mempunyai saudara kembar iaitu seorang manusia.

Sama ada kisah ini hanya sekadar suatu mitos atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tetapi cerita mengenai manusia kembar dengan buaya ini telah menjadi buah mulut secara turun temurun di kalangan penduduk kampung sekitar daerah Masjid Tanah dan Linggi.

Menurut Ibrahim Abdul Aziz yang berasal dari Kampung Sungai Kerteh, Pangkalan Balak, suatu ketika dahulu, seorang perempuan dikatakan telah melahirkan anak kembar lelaki di kampung tersebut. Anak pertama yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala adiknya adalah seorang manusia. Bayi lelaki itu telah dipelihara seperti orang biasa manakala pasangannya telah dilepaskan ke Sungai Linggi.

 Ibrahim Abdul Aziz
Pada hari-hari tertentu, jika si ibu atau si adik ingin berjumpa dengan buaya tersebut, mereka akan pergi ke beting pasir sambil menyeru nama si abang. Apabila nama diseru, buaya putih tersebut akan muncul di permukaan sungai untuk bersua muka dengan ibu dan adik kembarnya.

Legenda mengenai cerita ini menjadi semakin kuat apabila pada tahun 1990-an, bangkai seekor buaya berwarna putih sepanjang lima meter telah ditemui terdampar di pantai Pangkalan Balak. Berdasarkan kepada kecederaan fizikal yang terdapat di seluruh badan buaya itu, ia dipercayai telah diserang oleh seekor buaya lain. Buaya itu dikatakan cuba mencari kembarnya selepas kawasannya di Sungai Linggi telah diceroboh oleh buaya lain.

Apa yang menghairankan mengenai sang bedal tersebut ialah beberapa anggota badannya dikatakan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan fizikal manusia. Jari-jemari buaya itu tidak bersisik dan panjang serta bentuk kukunya pula bulat seperti kuku manusia biasa. Selain itu, gigi hadapannya berbentuk rata, tidak seperti buaya-buaya lain yang mempunyai gigi tajam keseluruhannya. Disebabkan bentuk fizikal tersebut, penduduk setempat percaya itulah buaya yang dikatakan saudara kembar kepada manusia.

Ada juga pendapat yang mengatakan buaya di Sungai Linggi ada kaitan dengan jin. Namun kesahihan mengenai kaitan haiwan ini dengan alam ghaib tidak dapat dipastikan.

Berdasarkan adat dan kepercayaan masyarakat di kawasan tersebut, seseorang yang ‘dilahirkan’ kembar dengan buaya perlu menjalankan upacara dan ritual-ritual dalam tempoh-tempoh tertentu. Antaranya ialah upacara ‘bebuang’ iaitu menghanyutkan telur ke dalam sungai. Tidak diketahui apa maksud sebenar upacara ini tetapi ia sesuatu yang mesti dilakukan untuk menghindari bala bencana.

Selain buaya, antara haiwan lain yang pernah dikaitkan sebagai kembar manusia juga ialah ular. Cerita mengenai manusia kembar dengan ular ini pernah tersebar di beberapa tempat, termasuklah di Perak.

Dikatakan, pengasas seni silat Gayong, Almarhum Mahaguru Datuk Meor Abd Rahman juga lahir bersama-sama kembarnya iaitu seekor anak ular. Ayahnya, Daeng Uda Mohd Hashim telah mendapat alamat untuk melepaskan ular tersebut ke dalam hutan.

Pada malam berikutnya, Uda Mohd Hashim telah bermimpi ular yang dilepaskan itu telah berubah menjadi seekor naga. Dengan erti kata lain, gambar naga yang terdapat pada logo persatuan Silat Gayong tersebut membawa maksud kembar kepada mahaguru Datuk Meor Abdul Rahman.

Sejauh mana benarnya perkara ini, sukar untuk dipastikan. Namun, inilah antara legenda yang masih berlegar di kalangan masyarakat Melayu, sekalipun kita sudah menjengah era modenisasi.
Persoalannya, secara biologi, bolehkah manusia dilahirkan kembar bersama binatang?

Menurut Pakar Sakit Puan dari Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA Shah Alam, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal, secara biologinya kembar terjadi apabila berlaku persenyawaan di antara dua ovum dengan satu atau dua sperma. Sekiranya kedua-dua induk adalah sama iaitu manusia, anak yang dilahirkan juga berupa manusia normal.

Disebabkan itu, adalah mustahil untuk manusia melahirkan anak yang berupa haiwan. Ini kerana, sekalipun benih haiwan diambil dan disenyawakan dengan benih manusia, ia hanya akan membentuk satu mutasi yang tidak sempurna sifatnya kerana dipengaruhi oleh gen manusia dan haiwan. Bagaimanapun perkara ini hanya pernah dirancang oleh beberapa saintis, tetapi tidak pernah dilaksanakan kerana mendapat tentangan daripada pihak yang pro agama.

Jelas Dr. Rafi lagi, sepanjang lebih 20 tahun menjadi doktor sakit puan, beliau tidak pernah menemui kes seumpama ini. Justeru, beliau menganggap cerita-cerita mengenai manusia kembar dengan buaya atau haiwan lain hanyalah suatu dongeng semata-mata. Dr. Rafi percaya, berkemungkinan ia hanya sekadar satu cerita rekaan yang disensasikan oleh sesuatu pihak.

Selain itu, beliau turut menimbulkan persoalan mengapa cerita-cerita sebegini hanya dikaitkan dengan haiwan reptilia sahaja. Mengapa tiada legenda manusia yang kembar dengan haiwan spesies lain seperti lembu, monyet, burung dan sebagainya? Sudah pasti persoalan tersebut sukar dijawab oleh sesiapa sahaja