RedBoy

RedBoy Copyright 2014

Rabu, 19 November 2014

Nak Kata Sikit:PENDIDIKAN

Assalamuailakum dan selamat malam saya ucapkan kepada semua pembaca.Bersempena dengan minggu peperiksaan awam SPM yang bakal menutupkan tirainya bagi penuntut aliran sains tulen seperti saya pada minggu hadapan saya ingin berkongsi sedikit luahan dan juga pendapat saya terhadap sistem pendidikan kita pada hari ini.

Sistem pendidikan kita yang ingin saya tunjukkan kepada anda semua adalah sistem pendidikan sekolah menengah rendah dan menengah atas.Bagi menengah rendah sistem pendidikan PBS telah diperkenalkan menggantikan sistem berorientasikan peperiksaan semata-mata.Hal ini saya kira merupakan perkara yang bagus bagi menerapkan ilmu melalui cara praktikal berbanding pembelajaran teori semata-mata.Hari ini kita dapat lihat bagi mereka yang mengambil bidang kedoktorann melibatkan pembedahan selalunya doktor yang mendapat pendidikan di India lebih mahir berbanding Rusia kerana di India mereka lebih kepada pembelajaran secara praktikal dengan mayat yang sentiasa tersedia menunggu di bilik pembedahan berbanding di Rusia mereka melakukan proses pembelajaran menggunakan teori yang banyak menghabiskan masa di dewan kuliah.Orang kata kita tahu secara teori  tetapi bila ingin buat tak tahu  macam mana.Begitu juga dengan kehadiran PBS yang dilihat penyelamat kejatuhan kualiti pendidikan negara.Namun sebaliknya berlaku,murid-murid menjadi tikus makmal.Guru menjadi kambing hitam.Pihak sekolah menjadi pak turut.Memang benar PBS itu berkesan di negara luar tetapi sistem PBS yang dijalankan di Malaysia tidak ditiru secara menyeluruh seperti di Australia.Bagaimana dari segi nisbah guru : pelajar...Kemudahan pendidikan.Tahap pendidikan.Pemberian gred.Kita masih lagi jauh untuk mencuba sebuah sitem yang memerlukan kita mengubah kembali corak pendidikan yang bermula dari sekolah rendah.

Hari ini pelbagai masalah timbul bagi lepasan sekolah menengah.Apa yang kementerian pendidikan mahukan sebenarnya?Kuantiti atau kualiti?Kita ingin melahirkan pelajar cemerlang tetapi graf makin lama makin menurun.Bagaimana kualiti dapat dimantapkan?Kementerian siap bergembira apabila ramai pelajar SPM mendapat pencapaian cemerlang hanya disebabkan graf menurun tetapi hakikatnya kualiti jatuh begitu mendadak.Hari kementerian perlu menjadi berani dan tegas dalam pendirian mereka sama ada ingin melihat kualiti pendidikan negara kita semakin mantap atau ingin memastikan semua pelajar dapat melanjutkan pelajaran walaupun kualiti mereka rendah.Apa-apa pun saya ucapkan syabas buat Kementerian Pendidikan kerana  banyak membantu anak muda permata negara ini.Asalamuailakum dan selamat malam.Sweetdream nohh